Webiner x Kesejahteraan Kendiri – Obesiti : Kesan Gaya Hidup atau Gejala Penyakit Moden?
1 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 31 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Kesejahteraan Kendiri – Obesiti : Kesan Gaya Hidup atau Gejala Penyakit Moden? yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan untuk memahami fakta saintifik tentang obesity, implikasi kesihatan dan pendekatan terbaik untuk mengatasi obesiti.
Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh Dr. Marzilawati Abd Rahman yang merupakan Pakar Perunding Akut Perubatan Dalaman di Hospital Kajang, Selangor. Dalam webinar ini, beliau telah menerangkan mengenai definisi penyakit dan fakta penyakit, definisi obesiti dan fakta obesiti, punca obesiti, ubatan yang boleh menambah berat badan, kesan buruk akibat obesiti, rawatan untuk mengatasi obesiti dan 8 langkah terbaik mencegah obesiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: